Selembar Bebenang Rindu
Selembar
bebenang rindu
Terbang
di bawa angin
Yang
sesat ke sanggar fikir
Lalu
berlabuh di hujung tanjung
Memunggah
rindu nan menggunung
Membuka
lara yang ditanggung.
Sedang di balik awan
Sang
Bulan termangu-mangu
Sayu
pilu mengetuk kalbu
Melihat
aku berlari
Mengejar
angin yang menderu.
Namun di tangan tergenggam tekad
Takkan
luruh daun janji
Walau
bumi terbelah tujuh
Walau
langit hancur luluh
Selembar
rindu tetap kuseru pulang.
Kerana kaki dan tangan kita
Sudah
terpasung hutang
Hutang
amanah kepada Allah
Hutang
akad sesama insan
Dan
hutang janji mesti ditunai.
Biarlah yang lalu menjadi sejarah
Di
rimba kenangan
Yang
pahit menjadi pengajaran
Dan
yang manis menjadi rindu-rinduan
Sedang
segalanya itu adalah pengalaman.
Hanya satu pesanku
Pada
selembar bebenang rindu
Andai
takdir tersua pandang
Singgahlah
kamu menitip salamku
Salam
takzim salam hormat
Salam
kasih buat sahabat.
DSM
Trong
Hakcipta Dang Sireh - www.blogger.com
No comments:
Post a Comment