Telah terkesima pandangan
Terpana hati
Suria ada tapi bagai tiada
Bulan tak lagi terang
Di lembah dan lurah guram
Apakan daya aku
Hanya memerhati dengan mata hati
Kesengsaraan yang ditanggung
Bunga-bungaan menangis
Unggas dan burung meracau
Menumpang igauan buruk
Anak-anak bangsa pribumi yang tak berdosa
Akibat sengketa orang dewasa....
Pada bunga-bungaan yang mewangi di taman sari
Pada bayu yang berpuput membelai awan
Kubisik salam kasih
Kukirim salam ihsan
Buat anak-anak pribumi
Yang berlari-lari manja di sempadan tanah moyang
Dihujani kerisauan dan kebuluran....
Akal budi dan hati telah lama mati...
Dikhianati datuk dan bapa...
Yang tega menggadai negeri
Hanya kerana berebut sebentuk kuasa
Yang kini telah hilang...
Sirna hanya tinggal nama...
Melayu telah benar-benar melayu...merempat...mereput...
Lalu kupetik sekuntum mawar
Kuhanyutkan di air mudik
Bersama doa dan harapan
Dalam solat dan sujudku
Agar anak-anakku di bumi Melayu...
Mukmin dan mukminah
Yang meronta
Untuk maju dan merdeka
Di tanah subur yang berdaulat
Sentiasa dilindungi Tuhan..
DSM
Trong
Legenda Tinju Muhammad Ali Meninggal Dunia
8 years ago
No comments:
Post a Comment