Saturday, October 20, 2018

Sebelum Melabuh Mata..

Sebelum tidur maafkanlah sesiapa sahaja yang kita rasa tak puas hati. Walaupun sukar tetapi tidak mustahil. Walaupun luka telah kering tapi parut tetap ada, memang susah untuk memaafkan. Apalagi melupakan. Tetapi kerana Allah, pujuklah hati agar menyantuni sifat pemaaf. Lupuskan jeruk dendam amarah yang terbuku di hati, buang jauh-jauh.

Menyimpan dendam tidak akan membawa ketenangan jiwa. Malah susah nak tidur malam   kerana hati masih keras tepu dengan tapai dendam yang masam. Kalau berjaya  membuang dendam amarah..menangislah syaitan kecewa dan hampa kerana tak dapat menakluki hati kita yang fitrahnya suci murni..salam kasih sayang..selamat malam😪


DSM

Tokai
18 Okt 2018


No comments:

Post a Comment

Hakcipta Dang Sireh - www.blogger.com