Solat
1.
Wahai anakku, Janganlah engkau gopoh gapah semasa mendirikan solat,
kerana dihadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang
berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau
bersikap demikian.
2. Wahai anakku, Jangan engkau hanya fikir
untuk selesai solahmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau
menolak solah itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan
batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.
3. Wahai anakku, Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah
engkau akan lama bersamanya dalam solah, doa, munajat dan zikirmu. Kalau
engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh gapah dihadapan seorang
raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau
bilamana berhadapan dengan Tuhanmu.
4. Wahai anakku, Ketahuilah
bahawa solah adalah amalan pertama dihitung di akhirat. Apakah
perasaanmu kalau engkau melihat solahmu yang tidak memelihara tertib dan
adabnya, tentulah engkau akan merasa malu dan aib dihadapanNya. Engkau
sendiri pun akan mencemuh amalan sambil lewamu. Kerana itu bezakanlah
ketika mana kamu berdiri dihadapan manusia dengan saat kamu berdiri
dihadapan Tuhanmu.
5. Wahai anakku, Lakukanlah dengan
sebaiknya, kerana solah mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ia
adalah perisai. Ia adalah tunjang kekuatan. Lakukan dengan tenang,
nescaya kamu akan merasai kemanisan ibadahmu.
6. Wahai anakku,
Saat paling hampir manusia dengan Tuhannya ialah waktu sujud. Maka ambil
kesempatan untuk memohon apa yang kamu inginkan. Lamakan sedikit saat
sujudmu, engkau akan merasai kemanisannya.
7. Wahai anankku,
Disaat engkau sujud iblis menangis dan akan lari darimu. iblis engan
sujud menyebabkan ia jadi kafir dan durhaka kepada Tuhannya. Kerana itu
wahai anakku. Sempurnakan sujudmu dan sedari bahawa kamu sedang sujud
kepada Allah yang Maha Agong. Pohonlah keampunan dan kasihsayang Allah
di saat itu, nescaya Allah akan memeliharamu diwaktu tiada manusia mampu
memeliharamu. Kamu tidak akan berdukacita, di saat mana manusia yang
durhaka berdukacita. Semoga Allah menerima amalan kita, kerana ia tanda
ketaatan kita kepadaNya.
Ya Allah, terimalah amalan yang
sedikit ini, dan terimalah amalan yang tidak sempurna ini, dan ampuni
kami atas kecuaian kami selama ini. Amin.
Senyum selalu...
- Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Hakcipta Dang Sireh - www.blogger.com
No comments:
Post a Comment