1. Wahai anakku, Bagaimana hal kamu jika kamu menerima surat dari orang
yang kamu sayang. Tentulah engkau membacanya dengan penuh perasaan
kamu. Tentulah engkau akan mengulang ulangi bacaan itu, dan tentulah
engkau akan cuba memahami setiap kalimah yang ditulis. Betapa hal kamu
bilamana engkau menerima risalah dari Tuhanmu, berapa kali kamu
membacanya dan apakah kamu berusaha untuk memahaminya.
2. Wahai
anakku, Quran adalah risalah dari Tuhanmu. Jangan engkau biarkannya
tanpa dibaca. Engkau sepatutnya rasa bersalah bilamana engkau
membiarkannya lebih dari tiga hari. Ia pelembut hatimu. Membacanya
berulang kal alan melembutkan jiwamu dan menambah kasihmu kepadaNya.
Bacalah dan renugilah setiap kalimahnya, kerana ia adalah sebaik baik
pengajaran. Ikutilah arahannya kerana ia sebaik-baik pertunjuk.
3. Wahai anakku, Aku sangat dukacita melihat banyaknya al-Quran yang
langsung tidak diusik. Setiap kali engkau menghampirinya, ia meminta
agar engkau mengambilnya. Andainya engkau rindu kepada Tuhanmu, bacalah
kalimahNya. Dan andainya engkau ingin berbicara dengan Tuhanmu,
hayatilah setiap kalimahNya.
4. Wahai anakku, Janganlah engkau
gopoh gapah sewaktu membacanya, kerana perbuatan itu menyebabkan engkau
tidak merasai kemanisan setiap ayatnya. Renungilah hadis Rasulullah
bilamana Baginda menyatakan setiap huruf diberi pahala oleh Allah. Maka
setiap huruf mempunyai hak pada sebutannya dan hukumnya. Maka
sempurnakan haknya nescaya engkau akan merasai kelazatan menyebut setiap
kalimahnya.
5. Wahai anakku, Jangan sesekali kamu terpedaya
dengan bisikan syaitan yang membisikkan perasaan malasmu ntuk membaca
al-Quran. Syaitan terkadang menanam perasaan tidak pandai membaca untuk
menjauhkan kamu dari al-Quran. Sedangkan emgkau membaca dengan mengeja
satu persatu diganjari pahala dua kali ganda oleh Allah. Langaran itu
berusahalah mempelajarinya. Jangan kamu merasa malu mempelajari Quran,
kerana tiada manusia dilahirkan dalam keadaan alim.
6. Wahai
anakku, aku sangat bahagia mendengar bergemanya al-Quran dari suara
anak-anakku. Kerana itu adalah hiburan yang amat indah yang akan
mengundang rahmat Allah dalam rumah dan memberkati semua penghuninya.
Janganlah engkau biarkan rumahmu bergema muzik, dan sunyi dari al-Quran.
Kerana rumah yang tidak dibacakan al-Quran, dan sunyi dari zikrullah
adalah kuburan.
Senyumlah nescaya Allah sayang padamu...
[Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man]
Hakcipta Dang Sireh - www.blogger.com