GURINDAM JIWA DI TAMAN BAHAGIA - KULUKIS RASA DI KANVAS JIWA - KULAKAR CERITA DI
DADA MAYA - KULUAHKAN SEGALA PADA YANG ESA - SETULUS HARAP HANYA PADA-'NYA'...
Buat pertama kali mataku terbuka Pertama kali jua mulutku bersuara Menjengah alam dunia Yang selama ini gelap gelita Dan di telinga ini kalimah Suci berkumandang Memuji kebesaran Nya
Ku tatap lagi wajah lelaki itu Dan kurasa hangatnya pelukan manja
Dan hari ini Ku buka mata ini sekali lagi Ku tatap wajah sepi seorang lelaki Dapat ku baca redup matanya "anakku ini akan pergi pergi bersama seorang suami jaga suami jagalah peribadi semoga menjadi muslimah sejati"
Padamu Tuhan aku bermohon Padamu jua aku berlindung Tempatkan lelaki ini sentiasa dalam hidayah Lelaki yang selama ini kupanggil AYAH.
Jika berada dalam jamuan jagalah perangai Di rumah orang menjaga mata Di dalam solat menjaga hati Kalau sendiri menjaga fikiran Dalam pergaulan menjaga lidah Jika berguru menjaga adab Jika musafir menjaga santun.
Sarang tebuan jangan dijolok Jika dijolok parahnya lama Jika tidak parah merana jiwa; Sayangku tuan tiadalah tolok Susah senang digalas bersama Harap bahagia ke hujung nyawa. Bukan jelatik bukan jeladan Bukan terpan tumbuh merata Tapi kebasi diramu santan Walau tak lama enak rasanya; Bukan cantik ukuran padan Bukan tampan ukuran mata Tapi serasi diramu ehsan Walau tak sama duduk dirinya.
Penakik pisau raut Ambil galah sebatang lintabung Seludang dijadikan nyiru; Setitik dijadikan laut Sekepal dijadikan gunung Alam terbentang dijadikan guru.
Rama-rama di surau gedang Surat jatuh ke balik tabir Pipit senandung makan padi; Selama tuan di rantau orang Ubat jauh penyakit hampir Sakit ditanggung seorang diri.
Falsafah Hidup - Prof. Hamka
“Hidup terbina antara pahit dan manis. Kalau selalu sahaja pahit, hati akan menjadi rawan (gundah gulana) dan kalau sentiasa manis hati akan menjadi bosan".